KP Kesihatan Kecewa Dengan Kerajaan PN?

KUALA LUMPUR – “Mutakhir ini jelas beberapa keputusan dan tindakan tidak selari antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN),” kata Datuk Aziz Kaprawi.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menggambarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noorhisham Abdullah seolah-olah kecewa dengan kerajaan.

Kata Aziz, baru- baru ini, Ketua Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan tiga kenyataan yang membuka pekung atau ‘rahsia’ Kerajaan PN.

“Pertama, beliau telah mendahului pengumuman rasmi memaklumkan kepada media bahawa PKP 2.0 tidak akan disambung selepas 4 Februari 2021 atas faktor desakan keperluan ekonomi. Kenyataan beliau kemudiannya terpaksa ditepis semula dengan menyatakan bahawa makluman tersebut cuma pendapat peribadi beliau dan bukannya keputusan kerajaan.

“Kedua, beliau juga telah mengakui bahawa beliau hanya ‘penyampai’ sahaja tetapi tidak terlibat dalam apa jua keputusan akhir yang diumumkan oleh Kerajaan PN. Ini bermaksud segala tindakan yang disaran cuma menjadi sekadar nasihat sahaja yang mana akhirnya terdapat individu lain yang membuat keputusan akhir.

“Yang terkini, beliau mengakui bahawa lonjakan jumlah kes harian Covid-19 adalah disebabkan tunggakan kes lampau yang baru dilaporkan. Ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa jumlah kes harian yang diumumkan kerajaan tidak menggambarkan situasi sebenar negara,” catat Aziz di Facebooknya.

Jelas beliau ketiga-tiga insiden ini jelas menunjukkan bahawa beliau amat kecewa dengan keputusan Kerajaan dalam mengemudi negara melawan pandemik ini.

“Rakyat juga mulai mempersoalkan keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan PKP 2.0 yang dilihat ‘setengah masak’ dan memberi ruang luas kepada ekonomi ‘taikun’ untuk beroperasi tetapi menghimpit ekonomi rakyat sehingga ada yang terpaksa menggulung tikar.

“Ditambah pula dengan perintah darurat yang mana ramai berpendapat ini merupakan satu tindakan helah politik. Saya juga ingin turut mempersoalkan ketelusan angka yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong yang membolehkan baginda perkenan pengisytiharan darurat tempoh hari,” katanya.

Menurut beliau lagi, pengumuman lanjutan PKP 2.0 ini juga ternyata sia-sia sekiranya tidak dilaksanakan dengan langkah yang ketat dan yang lebih penting menyekat terus operasi Perkhidmatan Bukan Keperluan Utama (Non-Essential Services).

“Saya mendesak Kerajaan PN untuk mula telus terhadap usaha untuk membendung pandemik merbahaya ini serta menarik semula keputusan penggantungan parlimen bagi membolehkan sidang parlimen semak dan imbang keputusan-keputusan yang diambil oleh Kerajaan.

“Ketika ini, Kerajaan mempunyai ruang yang luas untuk salahguna kuasa termasuk pengurusan dana awam yang diluluskan begitu sahaja tanpa pemeriksaan balas. Kebijaksanaan sidang parlimen juga boleh memberi solusi terbaik untuk rakyat dikala menghadapi lanjutan tempoh PKP 2.0 yang saya harap lebih ketat pelaksanaanya.

“Amaran untuk Perdana Menteri; jangan perjudikan nyawa dan kesihatan rakyat semata-mata untuk melindungi kepentingan politik anda!,” tegas Aziz.

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

UMNO Perlis Mesti Bijak Bahagi Kerusi, Pusat Tak Boleh Campur Tangan

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menyokong pendirian UMNO/Barisan Nasional (BN) Perlis untuk terus mengadakan kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN)...

Dua Bekas ADUN DAP Perak Masuk Bersatu

KUALA LUMPUR - Dua ADUN Perak kini nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan memilih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). Memetik laporan Malaysiakini, ADUN Tronoh, Paul...

Bersatu Pandang Serius Keputusan UMNO Tiada Kerjasama Pada PRU15 – Hamzah

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, parti itu memandang serius keputusan UMNO yang menegaskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan...