21 Kematian, 3,455 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPU – Malaysia merekodkan 21 kematian iaitu jumlah korban tertinggi setakat ini akibat pandemik COVID-19.

Pertambahan 21 kematian itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia kini sebanyak 791 kes.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan, 3,455 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di negara ini.

Jumlah jangkitan terbaharu COVID-19 hari ini menunjukkan penurunan berbanding beberapa hari sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lima kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 47,847 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ketika ini, jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 222,628 kes.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, Selangor masih mencatatkan negeri tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 1,145 kes diikuti Johor (70 kes) dan Kuala Lumpur (619 kes).

Sehingga kini juga, sebanyak 327 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 145 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, jumlah pesakit yang sembuh terus catat peningkatan sebanyak 3,661 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 173,990 kes. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat