‘Zahid ingatkan Guan Eng jangan singgung Umno, solidariti Najib tetap diteruskan’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng supaya tidak menyinggung Umno yang bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Presiden Umno itu berkata, zaman pemimpin DAP itu sudah berlalu dan seharusnya Ahli Parlimen Bagan terbabit memberi kepercayaan kepada pimpinan baharu parti berkenaan.

“Saya fikir saya tak perlulah (ulas) kerana itu pendapat peribadi beliau.

“Zaman beliau (Guan Eng) sudah berlalu dan berilah kepercayaan kepada kepemimpinan DAP yang ada sekarang ini, jangan nak menyiku mana-mana sahabat,” katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) lapor BH di Putrajaya pada Khamis.

Guan Eng sebelum ini dilaporkan mengingatkan Umno bahawa sebarang program bersama parti pembangkang khususnya Pas akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Guan Eng berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi terutama himpunan aman tanda solidariti kepada Datuk Seri Najib Razak pada Isnin ini.

Zahid juga berkata Umno akan meneruskan himpunan solidariti itu minggu depan pada minggu hadapan seperti yang dilaporkan dalam media.

Beberapa hari lalu, Guan Eng dilaporkan membidas Umno kerana berganding bahu dengan Pas mengadakan perhimpunan solidariti untuk Najib.

Guan Eng berkata ia akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan Umno menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan pimpinan Pas itu akan diadakan pada hari yang sama Mahkamah Rayuan mendengar permohonan Najib mengenai perintah tambahan yang didakwa meletakkannya di bawah tahanan rumah.

Ia merupakan kali pertama Umno dan Pas bersama sejak Muafakat Nasional berakhir pada 2022.

Lebih 200 bas membawa penyokong Najib dijangka menghadiri perhimpunan itu, terdiri daripada ahli Umno dan Pas. Pemimpin Bersatu juga dijangka hadir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat