Pihak berkuasa Palestin gantung siaran Al Jazeera dakwa menghasut, Hamas anggap menindas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menggantung sementara siaran stesen televisyen Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar, dengan alasan penyiaran bahan yang menghasut.

Menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA, keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa menteri yang terdiri daripada Kementerian Kebudayaan, Dalam Negeri dan Komunikasi.

Mereka mendakwa, Al Jazeera menyiarkan laporan yang menyesatkan dan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.

Langkah ini tidak dijangka akan dilaksanakan di Gaza, yang dikendalikan oleh Hamas dan PA tidak mempunyai kuasa.

Al Jazeera baru-baru ini dikritik oleh PA berhubung liputannya mengenai ketegangan antara pasukan keselamatan Palestin dan pejuang militan di kem Jenin di Tebing Barat yang diduduki.

Fatah, fraksi yang menguasai PA, menuduh penyiar itu menyemai perpecahan dalam dunia Arab, khususnya di Palestin, dan menggesa rakyat Palestin untuk tidak bekerjasama dengan rangkaian tersebut, lapor Reuters di Kaherah.

Pada September tahun lalu, tentera Israel mengeluarkan perintah penutupan operasi Al Jazeera selepas menyerbu pejabatnya di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Susulan itu Al Jazeera rangkaian berita antarabangsa mengecam penutupan pejabatnya di Tebing Barat yang diduduki sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai “seiring” dengan “amalan” yang dikenakan oleh Israel terhadap krew medianya.

“Al Jazeera menganggap keputusan Pihak Berkuasa Palestin sebagai cubaan untuk menghalangnya daripada melaporkan peristiwa yang semakin memuncak di wilayah yang diduduki,” kata Al Jazeera dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Kenyataan tersebut menegaskan, tindakan itu “dikeluarkan susulan kempen berterusan hasutan dan intimidasi oleh pihak-pihak yang disokong oleh PA terhadap wartawan kami.”

Al Jazeera juga menyifatkan larangan itu sebagai “cubaan untuk menyembunyikan kebenaran mengenai peristiwa di wilayah yang diduduki” terutamanya di Jenin.

Dalam perkembangan sama, pasukan pejuang Hamas menyifatkan keputusan PA menggantung operasi Al Jazeera sebagai “pelanggaran yang jelas terhadap kebebasan media” dan “tindakan menindas” yang bertujuan membungkam suara rakyat.

Kumpulan tersebut juga menyifatkan keputusan PA sebagai “tidak sah” dan “penghinaan” terhadap profesion kewartawanan.

Hamas, yang merupakan pesaing kepada Fatah, pernah bertempur dengan Fatah pada tahun 2007 di Gaza, dan mengusir kumpulan tersebut dari wilayah itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat