Pas tak wajibkan penyokong hadir himpunan solidariti Najib, tapi lebih ramai lagi baik – Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyokong Pas tidak diwajibkan turut serta dalam himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ di Istana Kehakiman, Putrajaya, yang akan diadakan pada Isnin ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata beliau menggalakkan kehadiran lebih ramai penyokong Pas kerana menyifatkan solidariti itu sebagai isu rakyat dan tiada pihak boleh menyekat sesiapa saja yang mengambil berat mengenai solidariti itu kerana ia hak asasi.

“Kita tidak mewajibkan, tetapi menggalakkan ramai ahli Pas hadir sama dalam perhimpunan itu. Bersatu pun boleh (datang), sebab di Parlimen kita bangkitkannya sebagai isu rakyat.

“Perkara ini mengenai kepentingan rakyat dan ia boleh berlaku kepada sesiapa saja, kebetulan masa ini yang terbabit adalah Datuk Seri Najib Razak.

“Jadi, tidak ada siapa boleh disekat untuk mengambil berat mengenai perkara ini kerana ia bukan kepentingan kumpulan, tetapi hak asasi, jadi tiada mana-mana pihak boleh pertikai pihak lain,” katanya selePas majlis Amanat Tahun Baharu dan Himpunan Penjawat Awam Kelantan 2025 di Kompleks Darul Naim, lapor BH di Kota Bharu pada Khamis.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sepucuk surat oleh Pas yang mengarahkan ahlinya berhimpun pada majlis ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada 6 Januari ini.

Surat dikeluarkan Takiyuddin kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang serta setiausaha sayap parti itu memaklumkan perhimpunan berkenaan akan diadakan mulai jam 9 pagi di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Media juga melaporkan, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata pemimpin dan ahli Bersatu bebas untuk menyertai perhimpunan diketuai Pas itu dalam semangat ‘perdamaian nasional’.

Katanya, penyertaan dalam perhimpunan itu juga selaras dengan prinsip parti dalam menegakkan Perlembagaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat