KUALA LUMPUR- Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan dakwaan ‘Langkah Dubai’ satu perkara yang hanya membuang masa.
Beliau berkata, langkah tersebut bakal menimbulkan ketegangan politik sekiranya ia benar berlaku.
“Langkah Dubai? Ia hanya membuang masa,” ujarnya ketika ditanya mengenai dakwaan Langkah Dubai yang tular baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, Premier Sarawak itu turut terkejut apabila namanya dicalonkan sebagai Perdana Menteri (PM) dalam langkah berkenaan.
“Apabila saya membaca berita, saya hairan nama saya turut dicalonkan sebagai Perdana Menteri, saya agak terkejut.
“Kita dalam GPS perlu ukur di badan sendiri. Kita dalam Parlimen hanya ada 23 kerusi. Kita tidak mahu sekiranya ada calon PM dalam GPS, mereka akan tekan kita, kita (GPS) bukan bodoh,” tegasnya lapor Utusan Borneo.
Jelasnya, GPS kini hanya fokus untuk meningkatkan ekonomi sekali gus menambah pendapatan Sarawak.