3,321 Pesakit Covid Pulih, 2,295 Jangkitan Baru Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini masih kekal pada angka 2,000 dengan 2,295 kes dicatatkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 117,373 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama, angka sembuh merekodkan sebanyak 3,321 kes iaitu lebih tinggi daripada kes baharu dan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 94,492 kes.

“Selain itu, daripada jumlah kes positif hari ini sebanyak sembilan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 2,286 kes adalah penularan tempatan.

“Sembilan lagi kes kematian baharu dilaporkan menjadikan sebanyak 483 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 125 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat