‘Suara Anak Madani’ program bual bicara dekati rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Bagi mendekatkan rakyat dengan kerajaan, satu program bual bicara atau talk show ‘Suara Anak Madani’ akan disiarkan pada 7 Disember 2023 melalui platform YouTube, Facebook dan Tiktok.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata program berkenaan akan membincangkan isu semasa dengan gaya santai dan mudah difahami oleh penonton.

“Program ini akan ke udara di pelbagai platform, untuk mendengar dari beberapa menteri dalam suasana santai. Saya berharap dan mengalu alukan kita dapat memanfaatkan sepenuhnya dasar, kejayaan atau program kepada rakyat.

“Kalau kita tengok program ini ada soalan yang panas dan tajam, menunjukkan kita sedia untuk di kritik dan disoal.

“Isi kandungan program boleh dianggap berat, tetapi ada ruang untuk kita bercerita terutama Dari sudut tokoh dan jemputan itu,” katanya selepas sesi rakaman program di Pusat Penyiaran ASWARA hari ini.

Program ‘Suara Anak Madani’ merupakan inisiatif dari Pejabat Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan suara rakyat dapat diusulkan dan dibincangkan bersama.

Selain itu program ini juga menampilkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin sebagai moderator, disamping tetamu-tetamu jemputan yang akan berkongsi maklumat terkini mengenai Kerajaan Perpaduan, Malaysia Madani.

Bagi episod pertama, ‘Suara Anak Madani’ akan membawa tajuk ‘Apa Cerita Setahun Kerajaan Perpaduan Madani’ bersama dua panel jemputan iaitu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil & Menteri Undang – Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat