Pegawai kanan Paraguay dipecat gara-gara meterai MoU dengan negera tak wujud

- Advertisement -

ASUNCION – Seorang pegawai kanan Paraguay dipecat minggu ini selepas menandatangani memorandum kerjasama dengan negara yang tidak wujud.

Arnaldo Chamorro memberitahu media semalam, dia sudah dipecat daripada tugasnya sebagai ketua kakitangan kepada Menteri Pertanian.

Ini berikutan tindakannya menandatangani dokumen dengan pegawai yang dikatakan dari United States of Kailasa’ yang diperkenalkan sebagai sebuah pulau di Amerika Selatan.

“Mereka (pegawai) datang dan menyatakan hasrat untuk membantu Paraguay. Mereka membentangkan beberapa projek, kami mendengarnya dan itu sahaja,” katanya yang mengakui telah diperbodohkan sebelum mengesahkan pemecatannya kelmarin.

Chamorro berkata, pegawai palsu itu turut bertemu menterinya, Carlos Gimenez dan sehingga kini, motif mereka tidak diketahui.

Memorandum yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak membayangkan penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua ‘negara’.

Dalam dokumen itu, lengkap dengan kepala surat kementerian dan meterai rasmi, Chamorro memberi tabik hormat kepada ‘Yang Berhormat Nithyananda Paramashivam, Penguasa United States of Kailasa’ dan memuji ‘sumbangannya kepada agama Hindu, kemanusiaan dan Republik Paraguay’.

Memorandum itu selanjutnya mengesyorkan ‘kerajaan Paraguay secara aktif meneroka hubungan diplomatik dengan ‘United States of Kailasa’ dan menyokong penyertaannya sebagai negara berdaulat dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Media Paraguay melaporkan bahawa ‘Nithyananda’ sebenarnya adalah seorang warganegara India yang dikehendaki kerana pelbagai jenayah yang dilakukan di negaranya.

Kementerian Pertanian Paraguay, dalam satu kenyataan, menyatakan kekesalan terhadap ‘kesilapan prosedur’ yang dilakukan dan berkata, memorandum itu ‘tidak boleh dianggap rasmi’ atau meletakkan sebarang tanggungjawab ke atas Paraguay. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat