O. Don Eric Peris, ikon fotografi jurnalistik Malaysia

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Bila sebut sahaja nama O. Don Eric Peris, photojournalist ‘legenda’ ini tidak asing lagi dalam sejarah fotografi tempatan, banyak melakarkan pelbagai kejayaan dan menjadi ikon penting dalam membentuk naratif seni tempatan.

Eric Peris dilahirkan pada 1939 di Johor Bahru telah memulakan kerjayanya di usia muda sebagai jurufoto dan wartawan bagi majalah Fanfare di Singapura pada 1950-an dan berpindah ke Kuala Lumpur, bekerja dengan akhbar New Straits Times sejak tahun 1970-an sehingga bersara tahun 1994.

Eric Peris adalah salah seorang suara peneraju dalam fotografi yang seangkatan dengan tokoh seniman fotografi tempatan iaitu Allahyarham Ismail Hashim.

Selama empat dekad beliau berkecimpung sebagai photojournalist dengan gaya penulisan dan visualnya melihat realiti kehidupan secara optimistik dan menceritakan suatu fenomena tidak hanya menangkap dan memotret foto dengan kamera malah beliau terus belajar melihat dunia melalui lensa.

Pameran Arkib Eric Peris di Galeri Potret Negara Balai Seni Negara berlangsung sehingga Mei 2024 Foto Zihan Zari

“Kita perlu ada “art of seeing” (seni melihat) supaya apa yang kita inginkan dapat disampaikan,”antara kata-kata penyutik semangat Eric Peris memberi inspirasi kepada photojournalist muda untuk berkarya.

Hasil kerja beliau mengupas realiti dan kisah-kisah kedukaan seperti kemarau dan banjir kepada masyarakat selain mencurah ilmu fotografi menerusi kolum fotografi di dada akhbar dan menyampaikan mesej dengan jelas.

Walaupun telah bersara, beliau masih ligat memegang lensa membidik gambar meskipun usianya sudah mencecah 84 tahun terus aktif dalam seni fotografi dan memberikan informasi meyakinkan malah semangat dan kebolehan artistiknya menghadirkan ke galeri ini sebagai penghormatan terhadap karyanya.

Eric Peris berpengalaman luas dalam dunia fotografi Malaysia dan telah empat dekad mengembangkan karier seninya pernah dilantik sebagai panel pemilih di Joop Swart Masterclass oleh World Press Photo pada tahun 1995 adalah otai kepada ramai fotografer terkenal dengan sifat merendah diri.

Dengan karier yang merentang dari awal tahun 1970-an sehingga kini, beliau telah menjadi figura penting mengabadikan dirinya dalam dunia kewartawanan dan fotografi seni halus tempatan serta berpengalaman lebih 40 tahun selayaknya digelar tokoh fotografi Malaysia.

Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Sutra, Datuk Ramli Ibrahim telah merasmikan pelancaran ‘Pameran Arkib Eric Peris‘ di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Shaik Rizal Sulaiman.

Keratan akhbar mengenai O Don Eric Peris di Galeri Potret Negara Balai Seni Negara Foto Zihan Zari

Sebagai pengiktirafan hasil karyanya, Balai Seni Negara telah mengambil inisiatif
mengadakan pameran ini yang menggali perjalanan artistik termasuk sumbangan tokoh ini terhadap perkembangan fotografi jurnalis lokal dan seni rupa halus yang mencerminkan keunikan identiti Malaysia.

Di sini, pengunjung boleh menyelami dan menyoroti perjalanan seni hasil karya figura ini dengan lebih 100 himpunan arkib dokumen, keratan akhbar, brosur, karya seni dari koleksi peribadi dan koleksi seni visual sebelum kedatangan kamera digital.

Bukan sahaja menghormati pencapaian cemerlang beliau malah pameran ini turut memberi penekanan mengenai peranan Balai Seni Negara dalam melindungi dan memperingati ikon sejarah seni serta memberi kesedaran akan kepentingan seni dalam membentuk kepelbagaian budaya Malaysia.

Sementalah itu, Pegawai Unit Komunikasi Korporat, Balai Seni Negara, Sarifah Abu Bakar Ebau berkata, orang ramai dijemput hadir melawat dan bersama-sama menelurusi perjalanan seni Eric Peris yang sedang berlangsung di sini sehingga Mei 2024.

Maklumat lanjut mengenai pameran ini boleh diikuti melalui media sosial rasmi Balai Seni Negara atau melayari laman sesawang www.artgallery.gov.my. –SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat