PRN Melaka: MCMC tidak akan masuk campur kempen, akan bertindak jika ada aduan – Fahmi

BUKIT BERUANG – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan masuk campur dalam kempen politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kali ini tetapi akan sentiasa memantau perjalanan kempen menjelang hari mengundi pada 14 November nanti.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata MCMC akan menggunakan dua cara iaitu pemantauan aktif dan melihat isu berdasarkan aduan dan laporan dari orang awam sepanjang kempen berlangsung.

“Kedua-dua mekanisme ini sedang diguna pakai untuk melihat apa yang sedang disampaikan atau yang digunakan dalam kempen.

“MCMC tidak masuk campur tetapi sekiranya ada apa-apa aduan dari mana-mana pihak, MCMC akan mengambil tindakan,” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam sidang media selepas hadir mengadakan dialog bersama-sama kira-kira 700 orang pelajar baharu Universiti Multimedia sempena Kempen Internet Selamat di kampus MMU di sini, hari ini.

Mengulas isu lain, beliau berkata terdapat satu trend baharu dalam media sosial apabila sesuatu kandungan melibatkan isu dimuatnaik oleh akaun palsu.

“Kita lihat ada satu trend di mana sesuatu kandungan itu dimuatnaik oleh akaun palsu dan selepas kandungan itu dimuatnaik akaun palsu itu hilang, ini yang kerap berlaku.

“Ini bukan sahaja dilakukan sepanjang PRN, malah kita dapati banyak kandungan yang sebelum ini membuat kenyataan menghina kepada Yang di-Pertuan Agong dari akaun yang berpangkalan di luar negara dan bila diteliti, akaun itu kebanyakannya kira-kira 95 peratus adalah akaun palsu,” katanya.

Fahmi berkata pihaknya melihat penyalahgunaan akaun media sosial untuk menyebar sama ada maklumat palsu bersifat ‘deep fake’ dan kandungan jelik melampau semakin banyak dikesan dan ia membimbangkan.

Kempen PRN Melaka masuk hari kedua hari ini selepas selesai hari penamaan calon semalam dan seramai 79 orang calon disahkan bertanding untuk merebut 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat