Jika tidak dipilih saya akur, tapi pilihan banyak – Annuar Musa

- Advertisement -

KETEREH – Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa masih berharap dan berteka-teki mengenai hala tuju kerjaya politiknya sekiranya tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional dalam Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ahli Parlimen Ketereh tersebut menyatakan beliau menghormati sebarang keputusan pucuk pimpinan parti mengenai pencalonan bagi Parlimen Ketereh.

“Mengenai calon, parti ada sistem. Kita serah kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih siapa yang parti fikir patut menerima watikah. Pencalonan bukan sesuatu yang harus kita minta-minta. Kita hanya alat parti untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Jika parti tidak memilih kita ia bukanlah ‘the end of everything.”

Semalam SuaraTV dan beberapa media lain melaporkan Annuar antara nama menteri kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bakal digugurkan oleh Barisan Nasional yang diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menjawab soalan pemberita pagi tadi, Annuar turut menegaskan beliau tidak akan merayu atau membuat keputusan berasaskan emosi. Namun Annuar mengingatkan pucuk pimpinan bahawa pemilihan calon harus berteraskan beberapa faktor bagi memastikan parti menang dalam pilihan raya.

Menurut bekas Setiausaha Agung Umno itu, tiga elemen penting dalam menentukan pencalonan ialah pertamanya, mendapat restu parti kerana tanpa restu parti, individu tidak dapat mewakili parti.

“Kedua ialah akar umbi. … apa pun keputusan pucuk pimpinan, namun akhirnya ‘the battle ground’ ialah di Umno bahagian-bahagian. Adakah akar umbi nak? Dan ketiga, adakah rakyat nak kita? Kerana jika Umno sahaja nak, tapi rakyat tidak nak, tidak menang juga kita. Ini kerana akhirnya rakyatlah yang menentukan kemenangan kita.”

Menurut Annuar, beliau menang dengan lebih 25 ribu undi ketika ahli Umno hanya berjumlah 14 ribu orang. Ini bermakna hampir 12 ribu orang pengundi bukan Umno menyokong beliau.

Annuar turut memberi gambaran bahawa beliau tidak akan mengamuk atau marah sekiranya tidak dicalonkan oleh BN.

“Saya tidak merancang apa-apa buat masa ini. Jadi calon bukan segala-galanya. Saya tidak panik. Sebagai ahli parti kita harus akur kepada keputusan parti. Jangan panik, menggelabah seolah-olah jadi calon segala-galanya. Yang penting buat kerja untuk rakyat. Jika kita hendak sesuatu tidak dapat, jiwa kita akan sakit,” kata Annuar.

Namun Annuar turut memberi isyarat bahawa beliau mungkin mempunyai banyak pilihan lain sekiranya tidak dicalonkan.

“Saya tidak hendak mendahului parti. Parti bagi saya akan pikul sebaik-baiknya. Jika parti atau Presiden tidak bagi kita kena terimalah. Dari sudut parti tak akan kita hendak jadi ahli Parlimen selama-lamanya?”

Bagaimanapun Annuar memberi juga memberi isyarat bahawa setiap individu ada pilihan  untuk bertanding dalam sistem demokrasi negara.

“Dalam politik kita kena ada prinsip dan maruah!”

“Namun dari segi perjuangan politik kita pula, kita ada pilihan kalau hendak teruskan dalam negara demokratik. Politik ini the art of 1001 possibilities.”

https://fb.watch/gwieLBdIUA/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat