Calon UMNO: Kepimpinan Tertinggi mahu penjelasan Zahid petang ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan tertinggi (TOP 5) UMNO dijangka akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi petang ini, berikutan spekulasi pengguguran beberapa menteri dan timbalan menteri yang dilihat sebagai pro-Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber, perjumpaan antara Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan, Naib Presiden dan Perdana Menteri, Ismail Sabri, Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Nordin akan diadakan petang ini sebelum pengumuman calon Barisan Nasional malam ini.

Ismail Sabri dikatakan terkejut dengan pengguguran beberapa nama menteri dan timbalan menteri dari kabinet beliau bertentangan dengan persetujuan awal mengenai senarai calon ahli Parlimen UMNO.

Cubaan Perdana Menteri berjumpa Ahmad Zahid semalam menemui jalan buntu setelah dikatakan Presiden Umno itu mempunyai tugasan lain.

Semalam SuaraTV melaporkan hampir 10 orang menteri dan timbalan menteri dari kabinet Ismail Sabri tersingkir daripada senarai calon BN.

SuaraTV difahamkan mesyuarat Top 5 Umno sebelum ini telah beberapa kali bersetuju senarai nama calon akan turut mengambil kira dari cadangan Perdana Menteri dan memberi keutamaan kepada 42 ahli Parlimen Barisan Nasional yang menang dalam Pilhan Raya Umum lalu.

Bagaimanapun beberapa sumber mengesahkan kedua-dua persetujuan tersebut telah diketepikan dalam penamaan calon UMNO untuk kerusi Parlimen. Sejak Sabtu lalu mereka yang dipilih sebagai calon telah dipanggil menandatangani aku janji calon dan nama akan diumumkan malam ini.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat