Konvoi Global Sumud masuk zon merah 9 malam ini, dihampiri kapal Israel

KUALA LUMPUR – Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang turut disertai 34 rakyat Malaysia dijangka memasuki zon merah R3 sekitar pukul 9 malam ini (waktu Malaysia).

Jurucakap Kerajaan Madani Datuk Fahmi Fadzil berkata, selepas memasuki zon berkenaan, konvoi berkenaan semakin menghampiri Gaza iaitu sekitar 100 batu nautika.

Menteri Komunikasi itu berkata, perkara itu dimaklumkan Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) yang diketuai Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.

“Sani Araby turut mengesahkan flotilla tersebut kini berada di perairan antarabangsa yang dikenali sebagai zon kuning.

“Pasukan konvoi itu kini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan telah membuat persediaan sekiranya berlaku gangguan komunikasi atau cubaan pintasan oleh tentera Israel,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Sementara itu kata Fahmi, SNCC juga turut memaklumkan mengenai cubaan kapal milik Israel yang menghampiri kumpulan flotila berkenaan.

Fahmi berkata, insiden itu berlaku pukul 8.45 pagi tadi waktu Malaysia yang telah menghampiri flotila ketika masih berada di perairan antarabangsa yang dikenali sebagai zon kuning.

“Bot-bot dalam GSF dijangka memasuki zon merah dalam tempoh mungkin beberapa jam dari sekarang dan keberadaan kapal yang diyakini milik pihak rejim Zionis Israel ini membimbangkan.

“Pada masa yang sama mereka mendapati aktiviti dron dalam jumlah lebih kurang 10 unit dikesan sepanjang tempoh ini,” katanya.

Jelas Fahmi lagi, siaran secara langsung menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di atas kapal telah mula dipancarkan untuk tontonan dunia bagi membolehkan masyarakat antarabangsa mengikuti perkembangan misi tersebut secara masa sebenar.

Menurut Fahmi, beliau mengajak rakyat Malaysia supaya mendoakan keselamatan sukarelawan serta kejayaan misi kemanusiaan itu.

Tambahnya lagi, kerajaan juga ada memperuntukkan beberapa bantuan kepada pasukan berkenaan namun beliau tidak memperincikan bentuk bantuan yang disalurkan.

Fahmi juga mengesahkan, terdapat gelombang ketiga pasukan Malaysia yang sedang dalam perjalanan ke Gaza yang akan berlepas dari Greece.

“Jumlah peserta Malaysia semakin besar dan kerajaan akan menyediakan bantuan sekiranya berlaku sebarang kejadian,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat