Tak Pasti Hala Tuju UMNO-BN, PN Bincang Peruntukan Bahagi Kerusi Sesama Parti Komponen Saja – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) bersama parti komponennya telah mecapai kata sepakat untuk memuktamadkan urusan pembahagian kerusi yang bakal ditandingi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan segera,” kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegas beliau, PN tetap akan meneruskan rundingan pembahagian kerusi dan mengadakan mesyuarat mulai minggu depan walaupun masih tidak mendapat sebarang gambaran daripada UMNO atau Barisan Nasional (BN).

“Kami belum terima apa-apa makluman daripada UMNO atau BN untuk berbincang mengenai peruntukan pembahagian kerusi. Kita belum pasti hala tuju Umno ke hadapan dan belum ada satu pernyataan jelas daripada pimpinan Umno atau BN.

“Tapi realitinya dalam kerajaan, kita adalah bersama. Kalau kita hendak tunggu parti lain buat keputusan dan pendirian, ia akan ganggu urusan PRU yang hendak diatur oleh PN,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di ibu pejabatnya, seperti dipetik Bernama.

Justeru Presiden Bersatu itu berkata rundingan mengenai pembahagian kerusi akan dijalankan dalam kalangan parti Bersatu, PAS dan Gerakan bagi Semenanjung Malaysia manakala Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) di Sabah.

Muhyiddin berkata ia adalah antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN hari ini selain mencapai keputusan untuk menyokong Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 Sept lepas.

Beliau berkata PN akan memainkan peranan untuk menyampaikan pandangan dan pendirian PN dari semasa ke semasa mengenai pelaksanaan MoU berkenan.

Katanya beliau juga akan berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyampaikan pendirian PN berhubung jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang akan dipilih dalam sesi Dewan Rakyat akan datang.

Muhyiddin seterusnya memberitahu majlis pelancaran rasmi PN peringkat kebangsaan akan diadakan pada bulan November ini, dengan PN Negeri Selangor akan menjadi tuan rumah.

Beliau berkata mesyuarat juga memutuskan pelantikan Saiful Adli Mohd Arshad sebagai Setiausaha Eksekutif PN berkuat kuasa esok.

Katanya mesyuarat Tertinggi PN juga membincangkan pendekatan dan program yang akan dilaksanakan untuk menyantuni golongan muda selaras dengan pelaksanaan Undi18 dan bersiap sedia dengan penambahan pengundi muda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat