Laptop kelas permainan generasi baharu Acer Predator diperkenalkan

- Advertisement -

Sesuai dengan perkembangan dunia permainan yang semakin pesat, Acer Malaysia memperkenalkan tiga variasi baru laptop daripada generasi Predator yang sudah dikenali sebagai laptop segmen sukan elektronik (eSport) terkemuka.

Menerusi pengenalan variasi baru itu, Acer mengumumkan Predator Triton 500 SE, Helios 500 dan Helios 300 yang menggunakan padanan cip pemproses termasuk bersama-sama kad grafik yang mampu melancarkan semua genre permainan terkini.

Bagi laptop Predator Triton 500 SE menggunakan pemproses Intel Core i9 Generasi Ke-11 bersama padanan keupayaan memori (RAM) yang boleh menyokong sehingga 32GB DDR4 bersama-sama dengan 1TB PCIe Gen4 SSD untuk prestasi lebih baik.

Laptop ini dipadankan bersama beberapa variasi kad grafik sehingga Nvidia GeForce RTX3080 dan sesuai untuk semua segmen pengguna termasuk penyedia kandungan yang memerlukan sebuah peranti berkuasa bagi melakukan suntingan video resolusi ultra tinggi.

Skrin Predator 500 SE ini juga berkeluasan 16 inci dengan resolusi WQXGA bersama-sama beberapa sokongan sambungan termasuk Internet Tanpa Wayar Generasi Keenam (WiFi 6) dan binaan kipas penyejukan untuk memastikan suhu sentiasa berada pada tahap paling minimum setiap masa.

Pengguna boleh melakukan pilihan variasi untuk Predator 500 SE iaitu antara padanan pemproses Intel Core i9 atau i7 bersama-sama kad grafik RTX3070 dan harga peranti ini bermula RM8,999.

Pra tempahan boleh dibuat bermula 30 Oktober di mana-mana kedai rasmi Acer iaitu Acer eStore, Acer Flagship Store di laman dagang.

Selain itu, Acer turut memperkenalkan generasi baharu Predator Helios 500 yang dikenali sebagai ‘Desktop Mudah Alih’ dan menggunakan padanan spesifikasi hampir sama dengan Predator Triton 500 SE berkenaan iaitu cip pemproses Intel Core i9.

Generasi baharu untuk laptop paling popular iaitu daripada generasi Predator Helios 300 turut diperkenalkan dengan padanan RAM sehingga 32GB DDR4 bersama-sama jumlah storan 1TB PCIe NVMe SSD dan harga yang ditawarkan adalah RM6,299 untuk variasi 15 inci dan RM7,999 bagi pilihan 17 inci.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat