Cara komunikasi dalam kerajaan perlu diubah kerana sudah ketinggalan zaman

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Batu Tian Chua merasakan pada masa kini, cara komunikasi yang digunakan kerajaan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat sudah ketinggalan zaman.

Menurut beliau, amanah komunikasi bukan hanya dipegang sepenuhnya oleh Menteri Komunikasi atau Ketua Penerangan sahaja tetapi ia perlu dilakukan sebagai tugas bepusat.

Tian Chua yang juga Bekas Naib Presiden PKR berkata demikian ketika muncul dalam satu program The Tiger Show Podcast bertajuk ‘Suara dua generasi: PKR, PH dan janji reformasi’.

Beliau berkata kerajaan atau parti perlu menggunakan kuasa, tenaga dan kreatifiti untuk menyampaikan mesej.

“Yang penting bagaimana kita gunakan kuasa, tenaga, kreativiti seluruh parti dan juga pergerakan yang sehaluan dengan idea-idea Keadilan ini untuk menyampaikan mesej.

“Saya rasa itu kekurangan sekarang (kerana) kita masih guna format lama (iaitu) bergantung kepada Menteri Komunikasi.

“Saya tak salahkan Menteri Komunikasi kerana dia hanya jalankan tugas tetapi keseluruhan komunikasi harus berubah,” katanya dalam program itu.

Beliau sebelum itu menjawab soalan yang ditanyakan oleh moderator yang ingin tahu kelemahan komunikasi dalam kerajaan yang kini telah dibincangkan ramai pihak.

Menurutnya, kelemahan itu yang membuatkan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil terpaksa meminta maaf semasa Kongres PKR baru-baru ini dan menyatakan komunikasi kerajaan yang lemah menyebabkan terdapat maklumat tidak sampai kepada rakyat.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat