PM Jepun makan ikan buktikan sisa loji nuklear Fukushima dilepas ke Laut Pasifik selamat

- Advertisement -

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dilaporkan menjamu ikan sashimi disifatkannya sebagai `lazat dan selamat’ yang ditangkap dari perairan Fukushima.

Pemimpin itu menikmati hidangan mengandungi ikan berkenaan, beberapa hari selepas sisa air loji nuklear Fukushima dilepaskan ke laut Pasifik.

Lapor Daily Mail, klip video memaparkan aksi Kishida sedang makan ikan dari perairan Fukushima itu disiarkan menerusi laman media sosial pejabat perdana menteri.

Rakaman video itu diterbitkan selepas China menyekat semua import makanan laut dari negara jirannya berikutan pelepasan sisa air dari loji nuklear Fukushima ke laut yang bermula pada 24 Ogos lalu.

“Ini sangat lazat,” kata Kishida sambil mengunyah sepotong ikan sashimi.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk menikmati makanan laut Jepun yang dikatakan `lazat dan selamat’ bagi menyokong ekonomi wilayah timur laut itu.

Klip video itu menunjukkan Kishida dan tiga lagi menteri di pejabatnya menikmati hidangan nasi bersama ikan sashimi, daging, sayuran dan buah-buahan dari Fukushima.

Rakaman itu dihasilkan bagi mempromosikan produk wilayah itu, kira-kira 12 tahun selepas Fukushima dilanda gempa bumi dan tsunami besar yang mencetuskan salah satu bencana nuklear paling buruk di dunia.

Jepun melepaskan sisa air dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik pada 24 Ogos lalu walaupun tindakan itu mendapat bantahan nelayan dan protes dari China.

Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, pelepasan sisa air berkenaan tidak mendatangkan bahaya kepada manusia atau alam sekitar, bagaimanapun nelayan tempatan dan negara jiran China menentang rancangan Jepun.

Pelepasan sisa air bersamaan lebih 500 kolam renang Olimpik itu dijangka mengambil masa beberapa dekad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat