Kedudukan industri Malaysia meningkat dalam rantaian nilai global pada 2030 – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyokong hampir 10 peratus daripada RM95 bilion jumlah pelaburan yang diperlukan untuk mencapai matlamat Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP) 2030.

Perdana Menteri menyatakan, kerajaan komited ke atas NIMP 2030 yang akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NIMP 2030 bakal meningkatkan kedudukan industri Malaysia di dalam rantaian nilai global.

Jelas beliau, sektor perindustrian memainkan peranan besar dalam mengangkat ekonomi negara dan pembangunan masyarakat.

“Dalam usaha kita untuk melonjak negara berteraskan Ekonomi Madani yang lebih mampan dan berdaya saing, saya mengambil kesempatan untuk meluncurkan Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 (NIMP) pada pagi tadi yang bertempat di Menara MITI, Kuala Lumpur.

“NIMP 2030 bakal meningkatkan kedudukan industri Malaysia di dalam rantaian nilai global.

“Di dalam ucapan, saya terangkan bahawa NIMP 2030 adalah inisiatif seluruh negara (whole-of-nation) dengan pendekatan berasaskan misi (berbanding berasaskan sektor),” kata Anwar pada Jumaat.

Menurut beliau, empat misi tersebut adalah mencapai kepelbagaian ekonomi (economic complexity) yang lebih tinggi, pendigitalan/ automasi secara agresif, matlamat karbon-sifar dan ekonomi yang lebih saksama serta inklusif.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri MITI Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz serta lain-lain Menteri yang ikut serta.

Dalam pada itu katanya, antara lain, kerajaan akan mewujudkan Majlis Negara NIMP 2030 dengan penyertaan daripada kementerian -kementerian dan wakil industri.

“Pada majlis ini, saya turut berkesempatan menyaksikan penyerahan sijil kepada 11 buah syarikat/persatuan yang dikenal pasti sebagai peneraju bagi Projek-projek Berdasarkan Misi (MBPs).

“Semoga pelan ini dapat kita realisasikan dengan jayanya,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat