Idris ikrar martabatkan Islam seiring objektif Keluarga Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berikrar akan memastikan 14 agensi di bawah seliaan jabatannya melaksanakan fungsi masing-masing dan bergerak seiring dengan objektif Keluarga Malaysia.

“Hari ini hari pertama saya masuk ke pejabat, disambut oleh Ketua Ketua Agensi Agama dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Saya mengadakan sesi taaruf ringkas dan tanpa melengahkan masa, saya telah mendengar taklimat daripada semua ketua-ketua agensi agama.

“Doakan Insyaallah kami akan bekerja kuat bersama sama semua agensi untuk memartabatkan Islam di Malaysia,” ujar Idris.

Menurut beliau pertemuan itu bagi membincangkan bagaimana kesemua agensi itu dapat bekerjasama dalam memenuhi aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia.

Idris pertama kali dilantik sebagai menteri Pusat, manakala Datuk Ahmad Marzuk Shaary dilantik semula sebagai timbalan menteri di portfolio sama.

Antara 14 agensi agama di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Lembaga Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan Yayasan Waqaf Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat