Malaysia akan beli 30 lagi pesawat Boeing sebagai salah satu syarat kurangkan tarif AS – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk membeli 30 lagi pesawat Boeing dari Amerika Syarikat (AS) bernilai USD9.5 bilion, sebagai salah satu syarat untuk mengurangkan tarif AS ke atas import dari Malaysia.

AS sebelum ini mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari Malaysia berkuat kuasa 1 Ogos, namun kadar itu dikurangkan kepada 19 peratus hari ini selepas beberapa pusingan rundingan.

Menteri Pelaburan, Perdagagan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia telah membuat beberapa komitmen berkaitan pertimbangan komersial, salah satunya ialah pembelian pesawat Boeing.

“Malaysia akan membeli fasa kedua pesawat Boeing dari AS bernilai USD9.5 bilion, menyamai nilai pembelian fasa pertama,” lapor FMT pada Jumaat.

Pada Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Malaysia Aviation Group (MAG) telah membuat tempahan bagi 30 pesawat Boeing 737, yang dijadualkan dihantar kepada syarikat itu menjelang 2030.

Anwar berkata, 30 pesawat untuk MAG iaitu syarikat induk Malaysia Airlines Bhd – terdiri daripada 18 pesawat Boeing 737-8 dan 12 pesawat Boeing 737-10s.

Tempahan ratusan pesawat Boeing telah diumumkan sejak minggu lalu dalam beberapa perjanjian dengan Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Kemboja, Bangladesh dan negara-negara lain sebagai sebahagian daripada rundingan bagi mengurangkan tarif AS.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat