Perintah injuksi Anwar terhadap saya dibuat secara sebelah pihak, sembunyi – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa perintah injuksi Perdana Menteri terhadap beliau dibuat secara sebelah pihak dan sembunyi-sembunyi.

Menurut beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hujah sebelah pihak tanpa defendan dipanggil untuk berhujah.

“Tak dak hujan tak dak ribut, tiba-tiba timbul pasal perintah injunksi. Pasukan peguam saya beritahu perintah tersebut yang diberikan ke atas saya, adalah diperolehi secara ex-parte.

“Yakni, permohonannya dibuat oleh Perdana Menteri secara sebelah pihak dan sembunyi-sembunyi, tanpa menyerahkan permohonan tersebut kepada defendan, mereka berhujah sebelah pihak, tanpa defendan dipanggil berhujah dan telah dibenarkan oleh mahkamah,” kata Sanusi di Facebooknya pada Selasa.

Jelas Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu lagi, maksud ex-parte yang diperuntukkan di bawah Aturan 29 Kaedah 1(2A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk keadaan-keadaan tertentu sahaja.

“Permohonan dibuat pada 26 Julai 2023, perintah diberikan pada 4 hari selepas itu, iaitu pada 30 Julai 2023.

“Tak ada hujan tak ada ribut… tiba-tiba pokok bergoyang dan dedaun pun luruh,” ujar Sanusi.

Semalam media melaporkan, Perdana Menteri memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menghalang Menteri Besar Kedah daripada mengeluarkan, mengulangi dan menerbitkan kenyataan yang memfitnah Perdana Menteri itu di media sosial, laman web dan mana-mana platform lain.

Peguam Datuk S.N. Nair, yang mewakili Anwar berkata Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan Pengerusi Pakatan Harapan itu pada prosiding semalam.

“Perintah injunksi itu dikeluarkan bagi menghalang defendan (Sanusi), kakitangan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan-kenyataan serupa yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan plaintif (Anwar) sama ada secara langsung atau dengan sindiran dalam mana-mana saluran media sosial defendan, laman web dan mana-mana platform lain.

“Defendan juga harus mematuhi perintah injunksi ex-parte ini dengan serta-merta selepas penyampaian perintah ini kepada defendan,” kata Nair.

Anwar, 75, selaku plaintif mendakwa, kenyataan itu adalah tidak benar, keji serta berniat jahat dengan tujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat