“Saya bukan penyamun, jangan percaya Najib” – Tun M nafi terima wang UKSB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang cuba menyamakan beliau sebagai ‘penyamun’ berhubung tuduhan beliau menerima dana berjumlah RM2.6 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) seperti dilaporkan semasa perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Malah Dr Mahathir menegaskan, tidak ada bukti wang tersebut masuk ke akaun beliau atau beliau menerima duit itu atau David Tan melihat duit itu diserah kepadanya.

“Amatlah mengagumkan bagaimana Datuk Seri Najib berjaya berpura-pura bodoh dan cuba putar belit isu berkait saya menerima RM2.6 juta daripada UKSB.

“Najib cuba untuk menyamakan dengan isunya menerima RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaunnya dan mendakwa diberi oleh Raja Arab yang sehingga hari ini tidak wujud atau tampil membuktikan kenyataan Najib,” katanya.

Dalam pada itu, kata Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi kes beliau tidak sama dengan pertuduhan yang dihadapi Najib di mahkamah ketika ini.

“Dua mahkamah dan empat hakim telah dapati dia bersalah tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC, sebuah anak syarikat 1MDB.

“Najib juga sedang dibicara di dalam mahkamah berkaitan kes 1MDB di atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk peroleh suapan berjumlah RM2.3 billion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion tersebut.

“Kesemua aliran wang tersebut ada paper trail dan digital footprint dan kesemuanya terkait dengan Najib,” jelas beliau.

Hal demikian katanya, ini berbeza keadaan dengan kenyataan David Tan dari UKSB di dalam mahkamah iaitu duit itu diberi melalui anak saudara Mahathir iaitu Tan Sri Rahmat dan bukannya kepada beliau.

“Tidak ada bukti duit masuk akaun saya atau saya terima duit itu atau David Tan melihat duit itu diserah pada saya.

” Yang ada hanyalah kenyataan David Tan yang bersandar pula kepada ledgernya digelar Buku 555,” jawabnya.

Bahkan, anak saudaranya Tan Sri Rahmat telah mengeluarkan kenyataan menafikan dia serah apa-apa duit kepada Mahathir.

“Tan Sri Rahmat juga terangkan dia ada terima wang RM1.3 juta tetapi ini adalah imbuhan untuk jawatan sebagai pengerusi dan penasihat UKSB.

” Dia telah letak jawatan di UKSB tidak lama kemudian dan serah kembali wang RM1.3 juta. Tan Sri Rahmat juga ada surat dan dokumen berkait dengan apa yang dinyatakannya.

” Memang pun saya tidak pernah terima duit tersebut,” tegasnya.

Menurut Mahathir, ini sesuatu yang amat mudah difahami dan Najib memang faham.

“Dia berpura-pura tidak faham kerana dengan itu dia dapat terus bohong dan tipu untuk tutup kesalahannya menyamun wang rakyat.

” Malangnya, dengan berpura-pura bodoh, Najib dapat terus perbodohkan penyokongnya,” bidas Mahathir.

Pada 25 Julai lalu, Najib menjadi orang paling seronok menyakat Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau didakwa menerima dana politik RM2.6 juta.

Ini susulan Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu Dr Mahathir Mohamad menerima sumbangan dana politik RM2.6 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Bagaimana Tun? Boleh saya mula gelar kamu sebagai penyamun, perompak atau pencuri tak?

“Saksi yang memberitahu mahkamah bahawa Muhyiddin dibayar RM1.3 juta juga mengaku telah memberi RM2.6 juta cash kepada Tun Mahathir selepas dia menjadi PM pada PRU-14.

“Itu RM2.6 juta – bukan dana dikatakan RM2.6 bilion yang pernah masuk akaun saya sebelum PRU-13,” dakwa Najib

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat