Tiga Tahanan Lari Dari Pusat Kuarantin Covid-19 Berjaya Ditahan Semula – Polis

- Advertisement -

PENAMPANG – Tiga daripada empat tahanan yang melarikan diri dari pusat kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) di sini, berjaya ditahan semula.

Ketiga-tiga mereka itu ditahan di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Manggatal di sini, pada 5.45 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, tiga tahanan itu berusia antara 19 hingga 27 tahun.

Menurutnya, seorang lagi tahanan yang masih bebas sedang giat diburu pasukan polis.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dan dibantu IPD Kota Kinabalu dan Ketua Balai Polis Manggatal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang masih diburu diminta segera menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam kejadian pada 3.30 pagi hari ini, empat tahanan yang disahkan positif Covid-19 melarikan diri dari pusat berkenaan.

Gerakan memburu semua tahanan segera dijalankan pasukan polis yang kemudiannya menemui dua seluar lokap yang ditinggalkan di Kampung Bambangan, Inanam. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat