Denda Peserta ‘Perhimpunan Keluar Dan Lawan’ Khidmat Sosial Di Pusat Kuarantin Dan Bilik Mayat Pesakit Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ikon Sukan lasak negara yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Datuk Qobin mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Polis Di Raja Malaysia menawarkan mereka-mereka yang terlibat di perhimpunan Keluar dan Lawan didenda dan di hantar selama 2 bulan sebagai sukarelawan barisan hadapan.

Katanya, mereka yang terlibat dalam perhimpunan ditempatkan samada di Pusat Kuarantin, Bilik Mayat Pesakit Covid, Hospital dan juga sebagai penggali kubur di tanah perkuburan yang melibatkan pengebumian pesakit covid.

“Saya melihat ini antara cara dan hukuman yang paling sesuai berbanding menghukum dengan penjara dan sebagainya.

“Mereka masih muda dan saya sedih kerana mereka terpengaruh dengan ahli-ahli politik yang menjadi tulang belakang kepada gerakan himpunan semalam.

“Saya minta mereka sedar yang tindakan mereka bukan memberikan impak positif kepada keadaan baik pulih ekonomi negara atau membawa suara rakyat, tetapi lebih kepada menjadi kluster Covid yang baru. Saya risau mereka akan bawa balik penyakit Varian Delta dan lainnya yang disifatkan antara yang paling pantas merebak.” katanya.

Menurut Qobin lagi, beliau tidak menyatakan apa yang dilaungkan oleh peserta perhimpunan pada Sabtu semalam betul atau tidak.

‘Saya tidak menyatakan apa yang kalian ingin suarakan itu salah atau betul. Tetapi tunggulah selepas kita mencapai komuniti vaksin kelompok di Malaysia.

“Kalau kita tidak suka pada kerajaan sekarang sekalipun, tapi simpatilah kepada para Barisan Hadapan yang bermati matian menyelamatkan nyawa kita dan keluarga. saya harap anak muda dapat menterjemahkan undi anda semasa PRU 15 nanti. Tapi jangan lupa, sejarah hitam sepanjang Pakatan Harapan memerintah Malaysia selama 22 bulan seperti janji-janji mereka yang tidak ditepati.” ujar beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat