Lelaki Maut Jatuh Tingkat 15 Pangsapuri Disahkan Positif Covid – Polis

- Advertisement -

AMPANG – Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Pandan Ria di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang menerima panggilan mengenai kejadian pada 8.25 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 54 tahun itu bekerja sebagai pemandu lori dan menghuni tingkat lima blok berkenaan sejak 30 tahun lalu.

“Berdasarkan maklumat daripada anak yang berusia 15 tahun, ibunya sudah meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19 pada awal bulan ini.

“Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan hasil ujian saringan dilakukan mendapati dia positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammed Farouk berkata, pemeriksaan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Beliau berkata, punca kematian masih dalam siasatan dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat