Shafie Calon PM Perlu Bincang Dulu Dalam Mesyuarat PH – Khalid Samad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan membuat keputusan bersendirian berhubung cadangan mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Sebaliknya, menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd. Samad, perkara itu akan dibincang dan diputuskan secara bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH).

“Dalam mesyuarat JKP Nasional petang ini, ada membincangkan pencalonan Shafie sebagai Perdana Menteri seperti dicadangkan dalam satu pertemuan tidak formal pemimpin dari Amanah, DAP, Warisan dan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Bekas PM7, Tun Dr Mahathir sebelum ini mendakwa pencalonan Presiden Warisan, Shafie Apdal sudah mendapat persetujuan DAP dan Amanah.

“Kita bersetuju merujuk perbincangan berkaitan perkara ini kepada MPPH dalam waktu terdekat untuk mendapat keputusan bersama.

“Mesyuarat ini mengambil maklum bahawa cadangan itu adalah untuk mencari penyelesaian kepada usaha mencukupkan sokongan Ahli Parlimen bagi PH membentuk semula kerajaan,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat