Bot Terbalik: SAR Hari Ketiga Disambung

KOTA BHARU – Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dikhuatiri lemas dalam tragedi bot terbalik Isnin lalu, kira-kira 12.6 batu nautika dari Jeti Pengkalan Kuala Kemasin, Bachok, disambung semula pada jam 6 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata pencarian yang masuk hari ketiga hari ini akan diperluaskan ke radius 324 batu nautika persegi dari tempat bot tersebut ditemukan.

“Pencarian hari ini akan ditingkatkan lagi dan APMM telah menggariskan sektor-sektor tertentu bagi memudahkan pencarian oleh pasukan SAR.

“Kita juga telah meminta bantuan daripada agensi penyelamat Thailand untuk melakukan pencarian dalam kawasan negara tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata pasukan SAR akan menggunakan beberapa bot serta sebuah pesawat Bombardier milik APMM dalam usaha pencarian tiga lagi mangsa yang belum ditemukan iaitu Arman Ismail, 43, Harun Daud, 60-an dan Che Wadi Bakar, 40-an.

Setakat ini, lima mangsa yang meninggal dunia telah ditemukan sejak operasi SAR dilancarkan iaitu Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an dan Ahmad Syafiq Che Alim, 30.

Sementara itu, 12 daripada 20 mangsa pula selamat dalam kejadian tersebut, dengan kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 60 tahun.

-BERNAMA

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Berita Berkaitan

Raja-Raja Melayu Sependapat Tiada Keperluan Darurat Selepas 1 Ogos – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu sependapat, tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan. Itu antara tujuh pendapat dizahirkan secara...

Fasa Satu PKP 3.0 Tunjuk Perkembangan Positif – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas telah menunjukkan perkembangan positif...

MEDAC, SIRIM Optimis Malaysia Pulih Melalui Strategi Pelan Pemulihan Negara – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR - Strategi Pelan Pemulihan Negara bakal 'menyelamatkan' kira-kira 90 peratus usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berdepan risiko terjejas sekiranya Perintah...