Ismail Sabri ikon garap nilai murni masyarakat majmuk -Wee Ka Siong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – MCA menyambut baik dan menyokong penuh usul UMNO yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘ikon’ dan terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang sekiranya diberi mandat rakyat.

Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong berkata, kepimpinan Perdana Menteri yang menggarap nilai-nilai murni dalam semangat Keluarga Malaysia adalah sesuatu yang baik untuk negara yang didiami masyarakat majmuk seperti Malaysia.

“Semangat kebersamaan inilah yang menguatkan kita dan mewujudkan kestabilan.

“Pencapaian baik Barisan Nasional (BN) selama mentadbir negara selama ini juga perlu kita pertahankan dan tambah baik lagi. Inilah elemen yang tidak ada dalam parti pembangkang.

“Kita tidak mahu lagi rakyat menderita akibat ekonomi merosot, hubungan kaum tegang, aset negara dijarah, projek infrarakyat dibatalkan hanya kerana dendam politik, pendidikan dipolitikkan, janji tidak ditunaikan, suka beretorik dan banyak lagi kemusnahan berlaku ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Kita bersyukur apabila rakyat kembali menyokong kita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah diadakan sebelum ini. Dalam masa sama, kita jangan leka dan lalai dengan kemenangan besar yang dilakar selepas kita tewas pada PRU14 lalu ini.

“Sebaliknya kita perlu terus bekerja untuk rakyat, sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan berkhidmat sebaik mungkin. Bukan hanya turun padang ketika musim pilihan raya.

“Pengalaman tewas PRU14 perlu menjadi iktibar kepada kita semua, kerana rakyat adalah yang paling berkuasa, merekalah yang mengangkat seseorang untuk berada di atas sebagai pemimpin,” kata Ka Siong di Konvensyen BN ke-48 di WTC Kuala Lumpur pada Rabu.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat