Bagi ruang kepada PM buat keputusan – MIC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – MIC menyeru supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi ruang yang secukupnya dan keputusan beliau harus dihormati supaya kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri akan terpelihara dan dihormati oleh rakyat.

Presidennya Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata, apabila kita telah tentukan nakhoda kita, Perdana Menteri kita, sokongan padu dan tidak belah – bahagi harus diberikan kepada beliau supaya keputusan yang kita ingini akan tercapai.

“Beliau harus diberi ruang yang secukupnya dan keputusan beliau harus dihormati supaya kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri akan terpelihara dan dihormati oleh rakyat.

“Tetapi jika sebaliknya berlaku, ini bukanlah satu perkara yang ingin dilihat oleh rakyat kita,” tegas Vigneswaran dalam ucapannya di Konvensyen BN ke-48 di WTC, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Susulan itu, Presiden MIC itu menyatakan keyakinannya terhadap Majlis Kerja Tertinggi BN dan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu menasihat Perdana Menteri dalam hala tuju parti selanjutnya.

“Kita juga faham keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk menangani inflasi dan untuk memelihara pertumbuhan ekonomi negara kita, demi membantu rakyat kita meneruskan kelangsungan hidup mereka.

“Maka ayuh kita berjuang tanpa mengenal penat lelah untuk menyumbangkan ke arah memperkasakan perjuangan Barisan Nasional yang cukup murni sejak kemerdekaan lagi,” kata beliau.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat