Pastikan UMNO Kekal Relevan, Amanah Kepimpinan Masa Depan — Zahid

KUALA LUMPUR,— Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keperluan memastikan parti itu terus kekal relevan, selain menjadi amanah penting yang perlu digalas oleh kepimpinan akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kesinambungan gerak kerja dan momentum parti perlu diperkukuh secara berterusan di semua peringkat bagi menjamin kekuatan UMNO dalam jangka panjang.

Menurutnya, ketika UMNO kini melangkah ke usia 80 tahun, usaha memperkasa parti perlu diteruskan secara konsisten sebagai persediaan menuju ulang tahun ke-100 pada masa depan.

“Momentum ini mesti diteruskan dan menjadi tanggungjawab kepimpinan selepas ini untuk memastikan parti terus kukuh dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pertandingan Nasyid Wanita Kebangsaan 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Sohar; Bendahari Wanita UMNO Malaysia, Datuk Maizatul Akmam Alawi serta barisan kepimpinan Wanita UMNO.

Dalam perkembangan sama, Presiden UMNO menyifatkan peningkatan keahlian golongan muda sebagai petanda positif yang mampu memperkukuh sokongan parti menjelang pilihan raya akan datang.

Pada majlis sama, wakil Pahang muncul juara Pertandingan Nasyid Wanita Kebangsaan 2026, diikuti Johor sebagai naib johan dan Wilayah Persekutuan di tempat ketiga.—SuaraTV

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat