Amanah Ikhtiar Rangkul Anugerah Institusi Mikrokredit Islamik Terbaik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sekali lagi diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila merangkul anugerah sebagai Institusi Mikrokredit (Islamik) Terbaik bagi tahun 2020 dan tahun 2021.

Pengiktirafan itu dibuat dalam majlis penyampaian Anugerah Islamic Finance News (IFN) yang diadakan di Hotel Equatorial Kuala Lumpur, pada 30 Mac 2022.  

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Urusan RED Money Group/IFN, Andrew Morgan kepada Ketua Pegawai Perundangan dan Operasi AIM, Jani Izwandy Che Jan.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Bahagian Pembiayaan, Perancangan dan Bajet, Rozita Muhamad @ Othman dan Pengarah Bahagian Operasi, Zubairi Mohd Fadzil.


 
Untuk rekod, anugerah ini merupakan anugerah kali ketujuh dan kelapan yang diterima AIM, setelah menerimnya  bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016, 2018, dan 2019 sebelum ini.
 
AIM merupakan institusi yang memberi tumpuan khusus kepada pinjaman mikro untuk golongan B40 dan B50 dengan pencapaian cemerlang kadar bayar balik pinjaman  melebihi 99 peratus.


 
Anugerah IFN ini merupakan anugerah paling berprestij diiktiraf dalam pasaran modal Islam di peringkat global.

Ia juga secara tidak langsung membuktikan impak luar biasa manfaat dari konsep syariah yang diguna pakai oleh institusi-institusi ternama dalam pelbagai sektor di seluruh dunia.
 
Selain AIM, turut menerima anugerah ialah CIMB Investment Bank bagi kategori Bank Pelaburan Islam Terbaik; SME Bank  bagi kategori SRI & ESG; Maybank Investment bagi katerigori Pelaburan Hartanah) dan Bursa Malaysia bagi kategori Penyenaraian Bursa Saham Terbaik (Islamik).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat