Sultan Pahang Titah Henti Bahas Isu Adendum, Kerajaan Perpaduan Menjunjung Kasih

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan perpaduan menjunjung kasih titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang meminta semua pihak agar tidak lagi membahaskan isu titah adendum.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa kerajaan akan menghormati keputusan tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada proses undang-undang.

“Tuanku telah bertitah dan dalam hal ini saya rasa semua akan hormat. Hal ini kita serah kepada proses mahkamah,” kata Fahmi dalam satu sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri.

Semalam, Al-Sultan Abdullah, yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-16, menegaskan bahawa perkara ini berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti. Oleh itu, baginda menyeru semua pihak menghormati proses serta undang-undang dan tidak menimbulkan kekeliruan atau retorik berhubung isu tersebut.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 24 Mac sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran rayuan oleh peguam negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung semakan kehakiman yang diberikan kepada Najib Razak.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi memaksa kerajaan melaksanakan titah adendum yang dikeluarkan oleh Al-Sultan Abdullah semasa baginda memegang jawatan sebagai Agong.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat