Titah Sultan Pahang Gagalkan PAS ‘Tunggang’ Isu Titah Adendum Sebagai Modal Politik – Anwar

- Advertisement -

SHAH ALAM: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa PAS telah gagal dalam usaha mereka untuk memanipulasi isu titah adendum, selepas Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, menitahkan agar perdebatan mengenai perkara itu dihentikan.

Anwar turut memuji kebijaksanaan Sultan Pahang, yang menegaskan bahawa semua pihak perlu menghormati proses undang-undang dalam isu tersebut.

“Kebijaksanaan Sultan Pahang supaya titah adendum itu biar proses undang-undang,” kata Anwar dalam ucapannya sempena mesyuarat agung PKR Selangor peringkat bahagian dan sayap.

“Maka mereka nak tunggang kes adendum gagal. Lingkup strategi PAS. Dia tak ada modal.”

Semalam, Al-Sultan Abdullah, yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-16, bertitah bahawa perkara ini berada dalam bidang kuasa pihak bertanggungjawab dan berintegriti. Oleh itu, baginda mengingatkan semua pihak agar menghormati proses dan undang-undang yang ditetapkan, serta tidak mencetuskan sebarang kekeliruan atau retorik.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 24 Mac sebagai tarikh untuk mendengar permohonan kebenaran rayuan oleh peguam negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan semakan kehakiman yang diberikan kepada Najib Razak.

Keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini membenarkan bekas Perdana Menteri itu memulakan prosiding semakan kehakiman untuk memaksa kerajaan melaksanakan titah adendum yang dikeluarkan oleh Al-Sultan Abdullah semasa baginda menjadi Agong.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat