KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 akhirnya berjaya mendapatkan peruntukan RM200,000 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk kerja-kerja selenggara jalan di dalam kawasan sekolah.
Pihak sekolah merakam ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Senator, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya termasuk juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP).
Tenaga pengajar sekolah itu, Kamaluddin Mohd Kassim berkata, dengan peruntukan RM200,000 itu dan kerja-kerja selenggaraan itu kini pelajar boleh berkawat di kawasan lapang tersebut.
“Lulus RM200,000 baiki jalan di kawasan sekolah. Sudah 20 tahun tidak diselenggara, sejak sekolah dibuka.
“Kini berjaya dapatkan bajet, pelajar boleh kawat di situ.
“Dah banyak kali mohon, akhirnya saya bincang dengan Menteri Pendidikan dengan bantuan Senator Hisamudin dapat kelulusan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.