Laman Web Kerajaan Selamat, Tiada Insiden Serangan Siber

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sistem pertahanan dan laman-laman web kerajaan berada dalam keadaan selamat daripada sebarang ancaman siber setakat ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ancaman kumpulan hacktivist ‘Anonymous Malaysia’ yang pada minggu lepas mengancam untuk menggodam sistem pertahanan negara serta laman-laman web kerajaan.

“Tiada insiden penggodaman mana-mana laman web kerajaan setakat ini dan kita harap kementerian akan terus selamat daripada digodam,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak di sini, hari ini.

Pada 29 Jan lepas, polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap ‘Anonymous Malaysia’ yang memberi amaran kedua untuk melancarkan serangan siber selepas ancaman serupa dibuat pada 2017.

Sementara itu, mengulas mengenai penugasan sekatan jalan raya dan rondaan bersama polis dalam memantau prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ismail Sabri berkata sehingga kini seramai 3,562 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit dalam penugasan Operasi Penawar (Op Penawar) itu.

“Seramai 3,027 anggota diatur gerak dalam sekatan jalan raya di seluruh negara manakala 535 anggota lagi terbabit dalam rondaan Unit MPV dan Pasukan Pematuhan,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat