Isteri Ahli Politik Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Edar Dadah

KUALA LUMPUR – Isteri seorang ahli politik didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini dua tuduhan mengedar kanabis dan satu tuduhan menanam sembilan batang pokok dadah itu di sebuah rumah, dua minggu lalu.

Tuduhan pertama dan kedua, Lyiana Roslee, 34, didakwa mengedar kanabis seberat 1580.4 gram dan dadah jenis sama dalam bentuk cecair berisi padu 7.87 liter.

Wanita berkenaan bersama-sama seorang lagi yang masih belum dituduh, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Duta Suria Residency, Ampang di sini pukul 7.30 malam pada 20 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh. Dia dilarang jamin.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Lyiana turut didakwa terhadap tuduhan ketiga menanam sembilan pokok disyaki kanabis yang diperolehi secara langsung atau tidak langsung.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi yang masih belum dituduh, pada waktu dan di tempat yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(A)(3) yang dibaca dibawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nur Mustanir Md. Nor.

Majistret Farah Nasihah Anuar menetapkan 16 Februari ini bagi sebutan kes.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan penahanan ahli politik berkenaan, isterinya serta pembantu rumah mereka bagi membantu siasatan pengedaran dadah jenis cecair ketamin di Fraser Business Park, Pudu, di sini baru-baru ini. -Utusan

Topik Hangat

Singkir Tajuddin jadi pengarah pilihan raya, desak pimpinan UMNO – Laporan

KUALA LUMPUR – Ura-ura mengatakan ramai pimpinan UMNO “tidak senang” dengan sikap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan...

Yayasan Bank Rakyat Taja Program Tuisyen Kepada 13,212 Pelajar Pada Tahun 2020

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan hampir RM550,00 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19, menurut...

Zahid didakwa guna kuasa veto ketika mesyuarat MT UMNO

CYBERJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO ketika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Jumaat lepas, lapor Astro...

Berita Berkaitan

SPRM Gagal Gantung Keputusan Lucut Hak Wang RM100,000 Milik Kasitah Gaddam

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan hari ini gagal menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang berjumlah RM100,000...

Terima Kasih Penghantar Makanan Berhati Mulia

KUALA LUMPUR - Mulianya hati seorang penghantar makanan lelaki apabila sanggup memberi makanan dan minuman sekalipun tidak mengenali individu yang dibantu. Pengalaman dibantu penghantar makanan...

Nik Abduh Nafi Wujud Geng Ustaz dan Geng Publika Dalam PAS

BACHOK - Ahli Jawatankuasa Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Rabu menganggap bahawa dua kumpulan dikenali sebagai 'Geng Publika' dan 'Geng Ustaz'...