Adun DAP Johor Positif Jangkitan Covid-19

PETALING JAYA – Wakil rakyat DAP di Johor, Sheikh Omar Ali mendedahkan beliau positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan hari ini.

Adun Paloh itu berkata, beliau ke Pejabat Kesihatan Daerah Kluang untuk menjalani ujian swab pada 11.30 pagi semalam kerana tidak sihat.

“Tadi doktor telah menghubungi saya untuk maklumkan keputusan ujian swab. Dukacita saya disahkan positif Covid-19.

“Saya mohon maaf pada semua, doakan saya dan keluarga kembali sihat dan selamat.

“Saya akan menerima rawatan lanjut mengikut saranan dan panduan pihak hospital,” kata ketua Pemuda DAP Johor itu di Facebook.

Kes Covid-19 Johor melonjak sejak bulan lalu dengan 1,020 kes baru direkodkan semalam yang menyebabkan keseluruhan meningkat melebihi 21,000 kes di negeri itu.

Terbaru, pejabat menteri besar Johor ditutup untuk sanitasi selepas setiausaha politik menteri besar disahkan positif Covid-19. – FMT

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

Berita Berkaitan

Hadi Awang Yakin Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi...

‘Broker’ Jadi Jurucakap, Cuba Pastikan UMNO Dalam Kawalan Mereka – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa musuh parti itu menggunakan 'broker' bagi menghancur dan menjatuhkan parti itu. Ahli Parlimen...

UMNO Akan Jatuh Jika Tolak Kerjasama Dengan Bersatu – Mahathir

LANGKAWI - Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO tidak serius untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...