Kerajaan PN Tidak Telus Umum Jumlah Kes Harian Covid-19? – Aziz Kaprawi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kenyataan Media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah baru-baru ini mengesahkan bahawa kes harian COVID-19 yang dilaporkan meningkat mendadak adalah akibat daripada tunggakan kes lama yang lambat dilaporkan.

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Abd Aziz Kaprawi berkata berdasarkan kenyataan Dr Noor Hisham itu, terdapat juga sebilangan jumlah kes tersebut adalah dari tahun lepas, yang mana sudah pun ditangani oleh Jabatan Kesihatan Daerah.

“Ini bermaksud seluruh rakyat Malaysia telah diberi satu gambaran yang salah mengenai jumlah kes harian sebenar yang di negara kita.

“Kerajaan seharusnya berlaku lebih telus dalam mengumumkan jumlah kes harian COVID-19 agar tidak memberi persepsi negatif terhadap negara kita kerana ia boleh menjejaskan pelbagai aspek penting terutamanya terhadap ekonomi negara dan rakyat.

“Saya ingin menyoal kembali kepada kepimpinan Kerajaan PN terutamanya YAB Perdana Menteri samada angka yang dipersembahkan kepada YDP Agong bagi membolehkan baginda perkenan pengisytiharan darurat tempoh hari adalah angka yang tepat ataupun tidak,” katanya.

Tegasnya lagi, jangan semata-mata untuk mengukuhkan propaganda politik ‘darurat itu satu keperluan mendesak’ maka angka kes harian dimanipulasi sedemikian rupa sehingga sanggup untuk mengumumkan jumlah kes lampau seolah-olah kes yang berlaku pada hari ini.

“Rakyat sudah menghadapi pelbagai kesengsaraan akibat daripada COVID-19 ini dan jangan pula hendak ditambah ketakutan tidak rasional terhadap jumlah kes harian yang tinggi ini.

“Kerajaan digesa untuk berlaku telus dan jujur dengan mengumumkan jumlah kes harian seperti mana yang benar-benar yang terjadi pada hari tersebut dan perincikan juga butiran seperti bilakah kes tersebut dijalankan ujian swab dan dikesan positif.

“Jangan gunakan kes lampau sebagai ‘simpanan stok’ untuk digunakan pada hari yang akan datang sekiranya jumlah kes pada hari tersebut ‘kelihatan terlalu rendah’ untuk diumumkan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat