Empat calon rebut Tebedu, Simon Sinang sudah lama gerakkan jentera GPS

SIBURAN- Ketika tiga pencabar bersedia merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Tebedu, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Simon Sinang menegaskan jentera pilihan rayanya sudah lama digerakkan dan tidak menunggu sehingga hari penamaan calon untuk memulakan persiapan.

Beliau berkata, kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 bukan sesuatu yang dilakukan pada saat akhir, sebaliknya sudah dirancang sejak sekian lama bagi memastikan seluruh jentera berada dalam keadaan bersedia.

“Kalau saya ditanya mengenai persiapan, memang kita sudah siaga. Bukan semalam, bukan minggu lepas, tetapi kita memang sudah lama bersedia.

“Sekarang semua jentera sudah bergerak dan kita siap sedia menghadapi apa saja yang dilemparkan atau dilontarkan di hadapan kita,” katanya.

Simon berdepan saingan tiga calon lain daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan calon Bebas dalam pertandingan empat penjuru di Tebedu.

Beliau berkata, Tebedu mempunyai situasi berbeza berbanding 29 kawasan DUN lain yang menyaksikan calon menang tanpa bertanding apabila kerusi berkenaan perlu ditentukan menerusi proses pengundian.

Menurutnya, pertandingan itu memberi peluang kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat yang diyakini mampu membawa pembangunan dan menjaga kepentingan penduduk setempat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat