SPR rujuk AGC kemungkinan GPS bentuk kerajaan selepas penamaan calon

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kemungkinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membentuk kerajaan negeri sejurus proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata, perkara itu masih dalam penelitian AGC bagi memastikan sebarang tindakan atau keputusan dibuat mengikut prosedur dan peraturan pilihan raya sedia ada.

Katanya, SPR perlu meneliti keseluruhan proses pilihan raya yang masih perlu dilaksanakan sebelum sebarang pengumuman atau pemakluman rasmi dibuat.

“Berdasarkan peraturan sedia ada, kita perlu melihat semua proses pilihan raya ini yang masih perlu dijalankan dan mesti dilaksanakan. Sebarang pengumuman akan dibuat selepas itu.

“Walau bagaimanapun, sebarang pemakluman akan kita beritahu kemudian selepas mendapat pengesahan daripada pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Penamaan Calon PRN Sarawak Ke-13 di Dewan Serbaguna Taman Sukma, di Kuching pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan GPS membentuk kerajaan negeri sejurus proses penamaan calon, susulan penyertaan parti politik yang lebih terhad pada pilihan raya kali ini.

Situasi itu menyusul keputusan beberapa parti politik utama di peringkat nasional, termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), untuk tidak meletakkan calon bagi menghormati semangat kerjasama politik dengan GPS.

Mengulas kemungkinan calon menang tanpa bertanding sekiranya hanya seorang calon dikemukakan di sesuatu kerusi, Ramlan berkata, calon berkenaan akan diisytiharkan menang tanpa bertanding.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat