Nurfatin, wanita muda dan muka baharu taruhan GPS di Bekenu

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memilih jurutera kanan berusia 34 tahun, Nurfatin Syafawani Tahamat, untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Nurfatin mengambil alih pencalonan daripada Datuk Rosey Yunus dan merupakan antara 11 muka baharu dalam senarai 82 calon GPS yang diumumkan Pengerusi gabungan itu, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini.

Berlatarkan bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Nurfatin berkhidmat dengan Sarawak Energy Berhad sejak 2018. Menurut Utusan Sarawak, beliau bertugas sebagai jurutera kanan di Jabatan Elektrifikasi Luar Bandar.

Nurfatin ialah salah seorang daripada lima calon wanita GPS kali ini, berbanding empat pada PRN 2021. Seorang lagi muka baharu dalam kalangan calon wanita gabungan itu ialah Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, yang dicalonkan di Muara Tuang.

Di Bekenu, GPS mempertahankan kerusi yang dimenangi Rosey dengan majoriti 5,397 undi pada 2021. Dalam pertandingan empat penjuru itu, Rosey memperoleh 6,354 undi, manakala pencabar terdekatnya, Norhafizah Mohammad Joharie daripada PKR, memperoleh 957 undi.

DUN Bekenu terletak dalam kawasan Parlimen Sibuti di Bahagian Miri. Penamaan calon ditetapkan pada 28 November, diikuti pengundian awal pada 8 Disember dan hari pengundian pada 12 Disember. SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat