Nik Abduh seru umat syukuri kesatuan BN-PN, waspada tipu daya musuh

KUALA LUMPUR – Persefahaman politik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai satu nikmat kesatuan besar yang perlu disyukuri, selain diperkukuhkan bagi memastikan kerjasama itu terus terpelihara.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kesatuan berkenaan perlu dibina atas asas yang kukuh supaya tidak mudah terjejas oleh sebarang usaha pihak musuh.

“BN-PN adalah nikmat kesatuan yang besar. Ia wajib disyukuri umat.

“Binalah untuknya kota yang kukuh agar selamat daripada tipu daya musuh,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa kesatuan yang terbina perlu dipelihara agar tidak mudah digugat oleh cabaran dan perbezaan yang boleh menjejaskan hubungan antara kedua-dua pihak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat