Ingat kesilapan Najib urus GST? Jangan harap Zahid lebih baik – Tony Pua label BN ‘parti tauke’

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mengecam ikrar Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya gabungan itu kembali memerintah, dengan mendakwa beban cukai itu akan dipikul rakyat marhaen.

Dalam catatan Facebook, Tony Pua menyifatkan BN sebagai “parti tauke” dan menegaskan rakyat marhaen akan terus menanggung kesan pelaksanaan GST.

“Itu lah. BN ialah parti tauke, manakala rakyat marhaen yang terpaksa membayar.

“Ingatkah bagaimana Najib mengacau-bilau soal pemulangan GST, kos sara hidup dan inflasi?

“Anda mesti gila jika menyangka Zahid akan menguruskan GST dengan lebih baik sebagai Perdana Menteri,” selar pemimpin DAP itu.

Beliau turut mengingatkan bahawa pentadbiran Najib pernah menghadapi kontroversi berkaitan pemulangan GST, kos sara hidup dan inflasi, sekali gus mempersoalkan keupayaan Zahid menguruskan cukai tersebut jika menjadi Perdana Menteri.

Kritikan itu dibuat selepas Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berjanji pada Perhimpunan Agung MCA ke-30 di Wisma MCA pada 22 November bahawa BN akan “terus” mengembalikan GST jika berjaya menawan semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Zahid menyifatkan GST sebagai sistem percukaian yang lebih adil dan berfokus berbanding Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, serta mendakwa cukai itu telah dilaksanakan di lebih 170 negara.

“Saya berazam sama rakan-rakan dalam BN, kalau kita ke Putrajaya semula, kita terus kembalikan GST semula dalam sistem ekonomi negara,” kata Zahid.

GST pernah dilaksanakan pada April 2015 di bawah kerajaan BN sebelum dimansuhkan dan digantikan SST pada September 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan. Pua berpandangan pemulangan GST akan menambah tekanan terhadap harga barangan, kos sara hidup dan beban pengguna, bukan hanya perniagaan.

Zahid sebelum ini turut menyeru agar sistem percukaian negara disusun semula dan GST dikembalikan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno pada September.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat