KSU KPKM terima kunjungan hormat Gabenor Wilayah Kagoshima, Jepun

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak, telah menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Wilayah Kagoshima, Jepun, TYT Shiota Koichi, dekat sini baru-baru ini.

KPKM dalam kenyataan berkata, pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Wilayah Kagoshima dalam sektor pertanian dan agromakanan, khususnya perdagangan dan akses pasaran.

Katanya, Gabenor Wilayah Kagoshima menyatakan hasrat untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan Malaysia melalui peningkatan eksport produk pertanian dan makanan dari Kagoshima ke pasaran Malaysia, termasuk daging wagyu, teh hijau,
matcha, keledek dan produk perikanan.

“Usaha mendapatkan pensijilan halal bagi
fasiliti penyembelihan di Kagoshima juga sedang dilaksanakan bagi mempertingkat eksport daging Wagyu halal ke Malaysia. Kepentingan bekalan urea dari Malaysia bagi memenuhi keperluan sektor pertanian di wilayah tersebut turut dibangkitkan.

“Perbincangan turut menyentuh potensi mempergiat perdagangan dua hala melalui program padanan perniagaan (business matching) bagi pihak industri meneroka peluang kerjasama.

“Selain itu, kerangka perjanjian perdagangan sedia ada, termasuk Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun (MJEPA), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) serta Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif ASEAN-Jepun (AJCEP), boleh dimanfaatkan untuk memperluas akses pasaran dan meningkatkan perdagangan produk pertanian serta agromakanan, ”katanya lagi.

Pada masa sama, kedua-dua pihak menyatakan harapan agar komunikasi antara KPKM dengan Kerajaan Wilayah Kagoshima dapat terus diperkukuh bagi merealisasikan potensi perdagangan sektor pertanian dan agromakanan antara Malaysia dan Jepun.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Antarabangsa (KPKM), Siti Salwahanim Mohd Nazir; Setiausaha Bahagian Pelaburan Perniagaan dan Pelaburan KPKM, Khalid Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (DOA), Dato’ Nor Sam Alwi; Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Haron; Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Faisal Iswardi Ismail; pegawai Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat