Adat dan pentadbiran Negeri Sembilan tidak boleh dipisahkan, kata peguam Undang

SEREMBAN – Pertikaian mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang perlu dimuktamadkan kerana ia boleh menjejaskan kesahan keputusan kerajaan negeri, termasuk pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), urusan belanjawan dan kelulusan rang undang-undang, kata peguam Emirul Sarifudin Nor Azmi.

Dalam kenyataan media, beliau berkata pandangan bahawa hal adat boleh diasingkan daripada pentadbiran negeri tidak tepat. Beliau merujuk Perkara 35 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, yang meletakkan kuasa eksekutif negeri pada Raja. Bagi Bahagian Kedua undang-undang tubuh itu, Perkara 28 mentakrifkan Raja sebagai Yang di-Pertuan Besar bersama Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, tertakluk kepada peruntukan dalam perkara tersebut.

Atas asas itu, Emirul berhujah bahawa tindakan Menteri Besar dan Exco dalam hal pentadbiran di bawah Bahagian Kedua perlu mendapat perkenan Raja. Perkara 35(1) turut memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Besar, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau ahli majlis yang diberi kuasa, tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

Menurut Emirul, jika forum adat atau mahkamah kemudian memutuskan sebaliknya mengenai kedudukan mana-mana penyandang yang dipertikaikan, keputusan atau kelulusan tertentu yang dibuat dalam tempoh itu berisiko dianggap tidak sah sejak awal (void ab initio).

Beliau berkata membiarkan pertikaian itu berlarutan sementara pentadbiran berjalan seperti biasa boleh menambah masalah dan membawa kepada kebuntuan perlembagaan.

Pada pagi 20 November, Menteri Besar Datuk Ismail Lasim menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap. Turut dilaporkan hadir ialah Undang Luak Sungei Ujong Datuk Muhammad Faris Johari, Undang Luak Rembau Datuk Hassan Ab Hamid dan Undang Luak Jelebu Datuk Azrin Khairi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat