Gaya Obama, isi macam Trump – Dr Maza kritik kempen Madani

KUALA LUMPUR – Gaya penyampaian yang kelihatan seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, tetapi kandungan kempen menyerupai Donald Trump menjadi kritikan terhadap pendekatan komunikasi Kerajaan Madani.

Facebook Media Team Dr MAZA (Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpandangan, kelemahan utama kempen Madani berpunca daripada kegagalan kerajaan membina naratif yang jelas dan kuat sehingga mesej serta gagasan yang dibawa sukar difahami rakyat.

Menurut kenyataan itu, Menteri Agama antara individu yang mampu menyampaikan naratif Kerajaan Madani, selain beberapa tokoh lain dalam pasukan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih berdepan kesukaran menampilkan tokoh yang mampu menjelaskan konsep Madani secara tuntas dan meyakinkan.

Malah, kenyataan itu membangkitkan persoalan sama ada sebahagian anggota kerajaan sendiri benar-benar memahami konsep Madani yang mahu diketengahkan.

Lebih memburukkan keadaan, terdapat Ahli Parlimen yang kononnya menyokong Kerajaan Madani tetapi menggunakan bahasa yang boleh merosakkan persepsi awam terhadap gagasan berkenaan.

“Saya rasa salah satu faktor utama rakyat kurang terkesan dengan kempen Madani ialah kegagalan membina naratif yang jelas dan kuat.

“Kegagalan menampilkan tokoh-tokoh yang dapat berbicara tentang idea reform dengan kukuh dan baik,” menurut kenyataan itu.

Mengulas pendekatan komunikasi berkenaan, Maza mendakwa, kadang-kala saya lihat ‘Style macam Obama, tapi isi kempen macam Trump’.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat