“Pemimpin Umno ibarat cacing kepanasan, semua hilang akal bila sentuh Najib” – Tony Pua tegaskan bukan beliau nyahklasifikasi minit mesyuarat

KUALA LUMPUR – Pemimpin Umno disifatkan seperti ‘cacing kepanasan’ dan hilang pertimbangan setiap kali isu membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibangkitkan.

Bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata, beliau tidak memahami reaksi pemimpin Umno yang dilihat begitu lantang menyerangnya setiap kali menyentuh kes Najib yang disifatkannya sebagai Penjenayah Malaysia #1.

“Ni cacing-cacing kepanasan Umno, I tak berapa faham. Bila sentuh saja kes pasal Penjenayah Malaysia #1, Najib Razak yang amat mereka sayangi, semua habis hilang akal.

“Yang nyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan, bukan saya.

“Yang membuat sebarang keputusan dalam Lembaga, bukan saya.

“Yang saya buat? Hanya rujuk kepada minit mesyuarat yang telah sah dinyahklasifikasikan, dan membentangkan fakta-fakta yang ternyata dalam minit tersebut,” katanya.

Menurut Tony Pua, tindakan beliau hanya terhad kepada merujuk dokumen yang telah dinyahklasifikasikan secara sah serta mengetengahkan fakta terkandung dalam minit mesyuarat berkenaan.

Beliau turut mengingatkan, “don’t shoot the messenger” bagi menggambarkan bahawa dirinya tidak sepatutnya dipersalahkan kerana menyampaikan fakta daripada dokumen berkenaan.

Dalam pada itu, Tony Pua menyindir pemimpin Umno yang menurutnya hanya mampu mengulang tuduhan bahawa beliau biadab atau menyalahkan DAP, tanpa memberikan respons terhadap fakta yang dibangkitkannya.

“Pemimpin Umno ni, macam semua otak tak berapa center, hanya fasih ‘Tony Pua biadab’, atau ‘semua salah DAP’. Boring,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat