KUALA LUMPUR – Datuk Puad Zarkashi mendakwa peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan masih mengelirukan.
Menurut Puad, kenyataan anak Ismail buka 1001 persolan. “Bapanya tidak patut jadi kambing hitam demi kepentingan pihak tertentu. Jangan sampai orang sendiri diperlakukan macam ni.”
“Pertama kenapa Barisan Nasional (BN) yang umumkan. Kedua, kenapa mendahului perkenan Yang di-Pertuan Besar? Ketiga penafian oleh anak Ismail (mestilah Ismail tahu apa yang anak dia akan tulis). Dan keempat Pengelola Bijaya Diraja berkata, istana hanya maklum melalui siaran di media sosial sahaja.
“Bermakna peletakan jawatan Ismail tidak teratur. Apakah Ismail menjadi mangsa? Diharap dengan keputusan letak jawatan itu beri ruang kepada Ismail bertindak berani dedah cerita sebenar.
“Terutama siapa yang memaksa dia. Siapa dalang. Ismail mesti berkorban untuk memastikan Umno tidak jadi mangsa mainan politik,” kata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu.
Menurut Puad, kebangkitan Umno tidak boleh terhenti kerana agenda puak tertentu.
“Ismail tidak rugi apa apa demi kebangkitan tulen Umno.
“Dia mesti ambil peluang ini untuk membetulkan Umno,” kata Puad.



