Ekspedisi 4×4 Nagoya Automobile santuni 100 keluarga Orang Asli Ulu Temu

BATANG KALI, – Seramai 100 keluarga Orang Asli di Ulu Temu, Batang Kali menerima sumbangan barangan dapur dan keperluan harian menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Nagoya Automobile Malaysia Holding Sdn. Bhd., semalam.

Program yang berlangsung pada 15 November itu melibatkan kira-kira 60 peserta terdiri daripada warga kerja syarikat, peminat kenderaan pacuan empat roda (4×4) serta sukarelawan.

Peserta konvoi 4×4 menyertai program CSR di Kampung Hulu Tamu, Batang Kali.

Misi berkenaan turut diketuai Pengarah Nagoya Automobile Malaysia Holding Sdn. Bhd., Itsuki Iha.

Antara sumbangan yang disalurkan kepada penduduk ialah bekalan makanan, beras, minyak masak, sabun dan barangan keperluan harian bagi membantu memenuhi keperluan asas keluarga penerima.

Gambar penyerahan bantuan kepada penduduk Orang Asli

Konvoi kenderaan 4×4 Trekkerxventure (TXV) digunakan bagi meredah laluan mencabar untuk memastikan bantuan dapat disampaikan terus kepada komuniti berkenaan.

Selain pengagihan bantuan, program itu turut memberi peluang kepada peserta berinteraksi dan beramah mesra dengan penduduk kampung.

Wakil Nagoya Automobile Malaysia Holding Sdn. Bhd. bersama kanak-kanak komuniti Orang Asli Ulu Temu selepas program CSR pada 15 November 2026.

Selepas selesai sesi penyampaian sumbangan, peserta meneruskan aktiviti pemanduan lasak sejauh 20 kilometer di laluan luar jalan Kampung Hulu Rening, bersebelahan Kampung Hulu Tamu.

Aktiviti itu melibatkan laluan denai berlumpur dan merentas sungai sebagai sebahagian daripada program konvoi berkenaan.

Konvoi kenderaan pacuan empat roda bersiap sedia memulakan perjalanan bagi aktiviti pemanduan lasak.

Menurut Itsuki, inisiatif itu bertujuan berkongsi rezeki dengan masyarakat luar bandar serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan kakitangan syarikat.

Nagoya Automobile Malaysia Holding Sdn. Bhd. berharap dapat meneruskan dan memperluas program CSR seumpama itu ke kawasan lain yang memerlukan pada masa hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat